Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).
.
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yangmenyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untukmenenangkan fikiran.
1)sebahagian daripada iman
2)wuduk yang sempurna menghapuskan dosa
3)wuduk mengangkat darjat manusia
4)wuduk dapat membuka pintu syurga
5)wuduk memberi cahaya di akhirat
6)wuduk dapat membuka ikatan syaitan
- orang yang tidur dalam keadaan berwuduk pahalanya seperti berpuasa
- orang yang tidur sebelum wuduk ,malaikat tidur bersamanya
- doa selepas wuduk menggugurkan dosa
- wuduk menjadi kafarah ,menghapus dosa antara 2 waktu solat
- air wuduk dan mandi junub menghasilkan malaikat yang berdoa dan minta ampun untuk tuannya.
Alhamdulliah.... blog ini dpt juga aku imbas apa yg ustaz aku ajar dahulu....
ReplyDeleteSubhanallah..hebat sungguh kelebihan brwuduk nii
ReplyDeleteSubhanallah..hebat sungguh kelebihan brwuduk nii
ReplyDelete