WELCOME TO MY BLOG

Sunday, 7 April 2013

SEDEKAH

Sedekah  ialah  satu sifat yang sangat mulia  ..Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka
bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut
terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq
iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.






“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal
maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai
Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah
dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )



kelebihan sedekah
PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
SELAGI PELUANG MASIH ADA…
MENOLAK BALA BENCANA


Saturday, 6 April 2013

FAEDAH BERDOA









Berdoa adalah  salah satu suatu kekuatan  untuk orang Islam .Antara manfaat berdoa   seperti berikut:

  • Do’a adalah ibadah dan salah satu bentuk ketaatan kepada Allah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam .
  • Do’a adalah sebab untuk mencegah bala’ bencana.
  • Do’a itu amat bermanfaat dengan izin Allah. Manfaat do’a ada dalam tiga keadaan sebagaimana yang disebutkan dalam hadits berikut,

« ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا ». قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ « اللَّهُ أَكْثَرُ »
Tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi (antar kerabat, pen) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: [1] Allah akan segera mengabulkan do’anya, [2] Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan [3] Allah akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan do'a-do'a kalian.” (HR. Ahmad 3/18, dari Abu Sa'id. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya jayyid)
  • Do’a adalah sebab kuat dan semakin mendapatkan pertolongan menghadapi musuh.
  • Do’a merupakan bukti benarnya iman dan pengenalan seseorang pada Allah baik dalam rububiyah, uluhiyah maupun nama dan sifat-Nya. Do’a seorang manusia kepada Rabbnya menunjukkan bahwa ia yakini Allah itu ada dan Allah itu Maha Ghoni (Maha Mencukupi), Maha Melihat, Maha Mulia, Maha Pengasih, Maha Mampu, Rabb yang berhak diibadahi semata tidak pada selainnya.
  •  Do’a menunjukkan bukti benarnya tawakkal seseorang kepada Allah Ta’ala. Karena seorang yang berdo’a ketika berdo’a, ia berarti meminta tolong pada Allah. Ia pun berarti menyerahkan urusannya kepada Allah semata tidak pada selain-Nya.
  •  Do’a adalah sebagai peredam murka Allah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
    مَنْ لَمْ يَسْأَلِ اللَّهَ يَغْضَبْ عَلَيْهِ
    Barangsiapa yang tidak meminta pada Allah, maka Allah akan murka padanya.” (HR. Tirmidzi no. 3373. Syaikh Al Albani mengatakan  bahwa hadits ini hasan)
    Semoga faedah ilmu ini memberikan kita motivasi untuk terus berdo’a dan banyak memohon pada Allah. Setiap do’a pasti bermanfaat. Setiap do’a pasti akan diberi yang terbaik oleh Allah menurut-Nya. Jadi jangan putus untuk terus memohon.







    SEMOGA KITA TERUS BERDOA KEPADA ALLAH ...JIKA KITA BERDOA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH....DAN TIDAK BERPUTUS ASA ..INSHAALAH .ALLAH AKAN MEMPERKENANKAN DOA KITA...
    SEKIAN,TERIMA KASIH.......


KELEBIHAN MENGAMBIL WUDUK

Kelebihan  Mengambil   Wuduk







Difahami bahawa dengan berwuduk kita dapat membersihkan hati dari sifat-sifat buruk dan tercela serta menyucikan badan dari dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sewaktu seorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir. Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah) dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (Hr Imam Muslim dari Abu Hurairah).

.
Ahli kaji saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yangmenyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untukmenenangkan fikiran.



1)sebahagian daripada iman
2)wuduk  yang sempurna menghapuskan dosa
3)wuduk mengangkat darjat manusia
4)wuduk dapat membuka pintu syurga
5)wuduk memberi cahaya di akhirat
6)wuduk dapat membuka ikatan syaitan

  • orang yang tidur dalam keadaan berwuduk  pahalanya seperti  berpuasa
  • orang yang tidur sebelum wuduk  ,malaikat tidur bersamanya
  • doa selepas wuduk menggugurkan dosa
  • wuduk menjadi kafarah ,menghapus dosa antara 2 waktu solat
  • air wuduk  dan mandi junub  menghasilkan malaikat  yang berdoa dan  minta ampun untuk tuannya.







Friday, 5 April 2013

KHASIAT BUAH KURMA

Khasiat Buah Kurma

Memang tidak dinafikan  banyak khasiat buah kurma yang dapat  memberikan kebaikan kepada kita.Antaranya seperti berikut:



1) Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
 2) Kaya dengan serat dan potassium
3)  Penguat memori
 4)Baik untuk wanita mengandung/bersalin
5) Penawar Racun
6) Merawat penyakit
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit

TAUBATAN NASUHA



Taubatan nasuha

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya (2x)

Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walihaza sirri adu` fi yasari wa a`sari
Ana a`bdun soro faqri inna faqri waddhirori
Inna faqri waddhirori

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walkafani i`lmu robbi
Bil suali wakhtiyari
Ya Ilahi wa maliki
Anta ta`lam kaifa khali (2x)

Astaghfirullah robbal baraya
Astaghfirullah minal khotoya

Thursday, 4 April 2013

AYAT KURSI






MAKSUD AYAT KURSI

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)




KELEBIHAN AYAT KURSI
  • Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

  • Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

  • Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

  • Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

  • Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

  • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.


  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

  • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.

Monday, 1 April 2013

SAIDATINA AISHAH R.A


RIWAYAT HIDUP:

 Nama sebenar    ~Aishah bt. Abu Bakar As-Siddiq
Tarikh                 ~Dilahirkan pada  tahun 614  masihi  di Kota  Mekah  (8 tahun   sebelum hijrah)
Gelaran               ~ Humaira  (putih  kemerahan)
Perkahwinan       ~Isteri Rasulullah  Muhammad  b. Abdullah
Meninggal dunia ~Ketika berusia  67 tahun  pada 17 Ramadhan   tahun  58 hijrah  di Mdinah
                              Al-Munawwarah dan dimakamkan  di perkuburan   Al-Baqi.
Sifat peribadi      ~sabar ,cekal,dan tabah
                          ~seorang dermawan
                           ~Taat kepada ibu bapa dan suami
                          ~Isteri yang setia dan menjaga maruah.



FAKTOR KEUNGGULAN JATI DIRI.

keimanan  yang kuat
sentiasa mendampingi  Rasul
bersemangat jihad yang tinggi
memelihara maruah diri.




KEISTIMEWAAN SAIDATINA AISHAH :
Digelar  ummul mukminin.
Isteri Rasulullah
menguasai pelbagai bidang ilmu.
memiliki daya ingatan yang kuat



SEBAB-SEBAB  DIGELAR ''UMMUL MUKMININ''
merupakan  isteri Rasulullah
menguasa pelbagai bidang ilmu
sumbangan dan jasanya  yang besar kepada umat Islam.



SEBAB DIGELAR GEDUNG ILMU
menguasai pelbagai  bidang ilmu  terutama Al-Quran  ,Al-Hadis  dan Sirah  Rasul.
menjadi tempat  rujukan   para sahabat  selepas kewafatan  Rasulullah.


PERANAN   SAIDATINA  AISYAH  TERHADAP  PERKEMBANGAN  ISLAM:
menjadi tempat rujukan
 menyampaikan hadis  kepada orang ramai
 mengajar ilmu  agama  kepada orang ramai


IKTIBAR DARIPADA  SIFAT MULIA  SAIDATINA AISYAH
memiliki  jati diri  yang unggul
sabar,gigih dan tegas
mencintai ilmu
pemurah
berjiwa pendidik

Sunday, 31 March 2013

SAIDATINA FATIMAH

SAIDATINA FATIMAH ADALAH SALAH SATU TOKOH ISLAM  ..........
                                                                  

RIWAYAT HIDUP BELIAU


  • Nama sebenar    ~Fatimah Az-Zahra  bt.  Muhammad Rasulullah.
  • Keturunan          ~Quraisy ,puteri bongsu  Rasul (anak keenam)
  • Tarikh                ~Lahir pada  20 Jamadil akhir  di Mekah  (5 tahun  sebelum kerasulan)
  • Perkahwinan      ~Berkahwin dengan  Saidina  Ali   bin Abi  Talib  ketika berusia  18 tahun
  • Ibu kepada  3 orang  cahaya mata  iaitu hassan  ,hussain dan zainab.
  • Gelaran              ~Digelar  Az-Zahra (putih berseri)
  • Meninggal dunia ~11 hijrah  selepas 6 bulan  Rasulullah  wafat ketika berusia 28 tahun .dimakamkan                               di perkuburan Baqi.
  • Kehidupan         ~Mendapat didikan  dan asuhan  terus daripada Rasulullah 



SIFAT- SIFAT PERIBADI :
  • Sabar  menghadapi musibah  kematian keluarga .
  • Mentaati  Allah , ayah  dan suami.
  • Redha  menghadapi  kesusahan -redha dengan keputusan  ayahandanya  .
  • Berjaya  mendidik anak-anak.
  • Tidak  berbangga  walaupun  menjadi anak  Rasul.


FAKTOR PEMBENTUKKAN PERIBADI MULIA
  • Hidup dalam suasana  Islam  yang tulin.
  • Sentiasa  mengikuti  perjuangan  Rasulullah.
  • Keimanan yang mantap.

BUKTI  KASIH  DAN TAAT  PADA BAPA
  • Mentaati  keputusan   bapanya  dalam menentukan mas kahwin .
  • Merawat luka  Rasulullah ketika cedera  dalam perang Uhud.
  • Mententeramkan  bapanya ketika  baginda diherdik oleh  Quraisy.


CONTOH TELADAN/ IKTIBAR  DARIPADA SIFAT SAIDATINA FATIMAH
  • Sanggup  berkorban demi  menegakkan Islam.
  • Berakhlak mulia.
  • Menjadi anak yang soleh.
  • Isteri yang taat  dan ibu yang penyayang.
JASA DAN SUMBANGAN 
  •  Menjadi penolong  dan motivasi kepada Rasul.
  • Membantu  Rasul menjalankan  dakwah .
  • Memberi rawatan  kepada tentera Islam  dalam Perang Uhud.